27 April 2011

hari nie hari rabu !

yeah ! hari nie menghabiskan masa satu hari dengan kesayangan saya . jalan jalan pusing JB yang membosankan nie . merayap ke skudai lepas tu patah balek ke JB lepak JUSCO TEBRAU semata mata nak pergi nengok wayang . haha . bagus tak kitorang ?? no wonder la kan kitorang nie kaki jalan . taw la memasing dah nak balek kampung dah kan besok hari . yep . besok hari ok ! bab kata status di muka buku saya "saya nak pulang besok dan insyaallah la besok dan tak kan ada perkataan lusa ataupun tulat ok . haha :)"  

mula nak balek hari isnin last last hari khamis gak la kan aku balek . huhu . nak buat macam mana kan . nak jumpa yang tercinta puas puas dulu sebelum beliau pergi betul betul depan mata . hehe . ouh . yang hari tu ek ? dia balek kampung sampai hari isnin sebab ada hal . so aku pon ambil la keputusan yang agak kurang cerdik dan agak kurang pandai membatalkan hasrat aku untuk pulang bersama bapa tersinta . so beliau datang jb semata mata ambil barang barang aku jela . haih . bagus tak aku ? nasib baik la SELANCAR ke CAHAYA MASAI cuma ambil masa kurang dari 3jam . kesian kan . haih . nak buat macam mana kan . kalau aku balek pon membusankan jugak . member member semua tak selamat pulang ke kampung halaman lagi . huhu . pape pon . insyaallah besok aku balek kalau takda pape aral . melepak lepak dan membuang masa di rumah . 

aku dah kepenatan berjalan merayap satu hari hari nie . cadang nak pergi mersing sudahnya dok memusing jb jela . memasing bangun tidur kol bape kan . bagus bagus ! ha . nie pon tak balek lagi . boleh pulak la kan dok melepak kat CC pulak sebab malas nak balek rumah punya pasal ! haha . bagus tak kitorang ???? NO KOMENNNN ! menghabiskan masa mengonline kan diri . nak buat macam mana . nak dok rumah pon rumah dah aku kosongkan . cuma tinggal barang aku yang sikit tu jep . memang malam nie aku tidur kat tepi rumah jela kan dialasi dan dibantali dan juga diselimuti sawah padi yang meluas ! haha . dah ta mampu dah nak menuai . haha . BUBYE AND GUDBYE semua !

haih . panjang lak aku dok menaip nie . tahu la busan punya pasal kan . haha . nak buat macam mana kan . huhu . dah makin melenguh dah jemariku nie . ok ok .dah tiba masa untuk mengundurkan diri yang tak berapa nak sempurna nie . haih . gudbye !


26 April 2011

aloha night :)

ya . ALOHA NIGHT tema bagi malam pra graduan budak budak JRKV atau dalam ayat penuhnya JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL yang bertempat di HOTEL SELESA pasir gudang . huuhu . saja nak mention penuh penuh . malam yang sangat best dengan tema yang best sebab boleh pakai seksi seksi . almaklumla tema pon HAWAII na pakai bikini pon boleh . haha . tapi agak agak jugak la kan . malam nie boleh dikatakan malam untuk bersuka ria dan bergembira beramai ramai buat kali terakhir bagi bebudak semester akhir termasuklah haku . terima kasih junior semester 5 sebab da bagi tema yang best untuk kitorang bergaya di malam hari .

so , dengan cubaan kedua gambar gambar telah pun diupload . buat kawan kawan DRG 6A , korang memang terbaik la !

sara dengan mick

zety 

bini naga (zati)

dari kanan : mick, akak, miza, mira, qaiyah dan juga nurul (mahap yang belakang tidak dikenalpasti identiti . hehe)

izzah, nurul dan qaiyah

papa syaza n mick

ha . yang nie saya ok . kain pinjam beg pon pinjam . haha

dari kanan : nurul, izzah, mira, sara, mama zue 

bersama lecturer kesayangan ENCIK BAD yang pernah ajar TEORI WARNA masa sem satu . huhu .


p/s : so . amacam ? best tak dressup kitorang ? berbunga bunga belaka . huhu . apa apa pon kami enjoy ! terima kasih buat krew yang terlibat :)


23 April 2011

:(

saya sedih sungguh saya sedih dengan awak . napa awak tak cakap awal awal yang awak nak balek dah malam nie ?? maknanya memang siang tadi last la kan kita jumpa ?? sampai hati awak kan . da last last baru nak cakap nak ajak jumpa . memang saya dah takda mood la kan dengan awak . awak dah musnahkan segala mood saya . saya dah tanak nengok muka awak . tolong jangan tunjukkan muka awak depan saya lagi . saya ta sanggup nak nengok muka awak . sungguh saya sedih sebab harinie last dapat jumpa awak . awak dah rosakkan mood saya depan kawan kawan awak . kalau tahu tadi ta payah jumpa langsung pon takpa . tak payah saya nak rasa sedih yang macam nie sekarang . ingat esok dengan lusa awak ada lagi teman saya kat sini sampai abah datang . tapi . . hampeh ! rugi jela saya tunggu sini lama lama . ingat boleh luangkan banyak masa dengan awak lagi . tapi . . hampeh ! semua hampeh ! berangan je yang lebih . haih . nasib nasib .napa lah macam macam jadi bila nak last last nie . haih . dugaan dugaan . lepas satu satu dugaan datang :(

haih . lepas nie dah takda orang nak jemput saya kat rumah . dah takda orang nak ajak saya keluar . nak ajak saya pergi makan . nak ajak saya lepak minum . semuanya sudah berakhir malam nie . selamat tinggal sayang . jangan lupakan saya :(

dah ta sempat jugak nak jumpa member baik member serumah member sebantal member sekelas balek hari nie . ta sempat nak nengok dia pergi depan mata buat kali terakhir . HAMIZAH BINTI RAZMAN . sory fer everything . halalkan makan minum aku selama kita kenal sampai lah hari nie . mahap kalau aku pernah terkasar bahasa dengan kau . kalau kau baca belog aku nie aku nak kau tahu aku sayang kau sangat sangat . terima kasih sebab sudi jadi kawan baik aku selama kita jadi pelajar DRG 6A . mahap tak sempat nak salam nak peluk nak cium tangan kau sebelum balek tadi . pape pon selamat maju jaya untuk masa hadapan . senang senang contact la aku. AI LABBIU MICK . mwah mwah !




20 April 2011

song for today

Today My Life Begins – Bruno Mars 


i’ve been working hard so long
seems like pain has been my only friend
my fragile heart’s been done so wrong
i wondered if i’d ever heal again
ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it’s mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
yesterday has come and gone
and i’ve learn how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win
ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it’s mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
life’s to short to have regrets
so i’m learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it’s mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it’s mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
today my life begins…



bufday gurl :)a

selamat hari lahir sayangku maisara san sudin . moga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk belanja aku makan nanti ok . haha . mwah mwah . ailebbiu :p


19 April 2011

setelah tiga tahun bersama

kini . sudah tiga tahun saya menghabiskan sisa sisa perjuangan saya dari semester satu sampai lah tamat semester enam di POLITEKNIK JOHOR BAHRU . wow ! macam tak percaya jela kan . huhu . so dah tamat la zaman tak tidur malam sebabkan siapkan assignment yang tiap tiap minggu datang dengan final projek nya lagi kan . dah takde ok dah takde ! lepas nie kena get ready nak menghadapi perjuangan untuk mengejar kerjaya sebagai pereka grafik pulak . untuk step yang pertama nie kena mantap kan design dulu la kan . biasa lah orang bercita cita nak jadi designer kat TV3 . haha . hajat di hati la katakan dari sekolah lagi . termakbul ke tak ke lain nya hal la kan . huhu . 

SAMBUNG BELAJAR ?? ouh tidak buat masa sekarang . nak kumpul duit dulu ok . sebab saya nie bukan anak orang senang . nak kumpul duit nak beli kereta ! wow ! (belagak jela ko nie emma . berangan je lebih . hahah) . memang aku kuat berangan pon . haha . almaklum la kan . haih . sedihnya la . lepas nie dah tak dapat jumpa member member kesayangan semua . hukhuk . yang dekat tu pon belum tentu lagi dapat jumpa kan niekan yang jauh . no komen . 

selamat tinggal kawan kawan DRG 6A . semoga kamu semua menjadi designer yang power yang boleh kalahkan designer antarabangsa kita . yeah !! gud luck . kepada budak budak rumah saya , sara , mick , zati , zety , pichan , aku sayang korang semua . mwah mwah ! jaga diri elok elok . kahwin nanti jangan lupa jemput aku ya . haha . tak lupa juga buat kesayangan saya encik khairul azizi tersinta . huhu . jumpa kamu lagi . saya masih di sini untuk hari hari akan datang . awak jangan pergi jauh jauh ya sayang . kalau setakat kota gelangi tu saya boleh jejak la bukan jauh mana pon kan dari selancar tu . haha . berangan ! mwah mwah ! saya sayang awak jugak . hehe :) gudluck untuk kamu . moga cepat cepat kumpul duit . nanti saya masuk minang awak tunggu saya empat tahun lagi ok . hahah :)

selamat tinggal POLITEKNIK JOHOR BAHRU . tunggu lagi setahun saya datang hambek diploma saya . huhu . selamat tinggal pasir gudang selamat tinggal cahaya masai selamat tinggal delima dua selamat tinggal padi padi kat tepi rumah selamat tinggal istanaku selamat tinggal semua . sedih pulak rasa . huhu .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails