18 February 2011

BERHATI HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA !

ya . ini satu amaran keras untuk pemandu pemandu di luar sana ! terbaca satu link nie mengenai tajuk di atas . note nie telah di post oleh RAKANEKA . yeah . untuk maklumat lanjut sila baca note di bawah ini ok .


"AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman sekarang  mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Sumber: BOMBA SELANGOR

oleh itu buat kawan kawan sekalian sila lah berhati hati walau kat mana pon anda berada . mende mende yang macam nie bukan nya diundang pon kalau dah nak jadi jadi jugak la kan . so anda anda sudah besar dan makin meningkat dewasa . pandai pandai la buat penilaian dan berfikir yang mana boleh dan yang mana tak boleh . zaman sekarang semua orang dah tak boleh percaya ma . even peminta sedekah pon . budak kecil pon dah tak boleh percaya . macam mana tu ?? berwaspada la kamu semua ya . kalau boleh share lah info nie dengan rakan anda yang lain . bagi tahu kat family you all orang yang terdekat dengan anda jua . harap maklum dan sekian terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails