22 February 2011

anniversary (^_^)


yeah . hari nie genap la satu tahun saya bersama si dia . ya . si dia . kesayangan saya . cinta hati saya . segalanya buat saya . hehe . berjiwang lak kan . takpa . bukan salu pon . huhu :) tak sangka kami boleh bertahan sampai sekarang . ya lah kan aku couple sebelum nie pon bertahan ta sampai pon sebulan . bukan jodoh aku kot . hehe . nak buat macam mana . ok ok . saya cuba buat yang terbaik untuk hubungan saya dengan si dia . kalau ada jodoh merasa la nasik minyak kami . huhu . (gatal kan aku?hehe) takpa . tak salu pon . 

saya sangat gembira untuk hari nie . gembira sebab hari nie anniversary kami berdua . walaupon baru satu tahun . sangat bermakna ok ! tapi sedih juga sebab tak celebrate pon . hmm . nak buat macam mana kan . kewangan dah tak kukuh sekarang . duit dah banyak habis kat esaimen . print untuk satu esaimen pon dah beratus . mati haku macam nie . POKAI !! takpa lah . anniversary je pon . tak celebrate pon takpa kot . tapi . aku tetap sedih ok sebab ta dapat sambut ! huhu . 

p/s : buat sayang saya en khairul azizi . happy anniversary ok . sayang abang ketat ketat tiap hari . harap masih ada tahun lagi untuk kita sambut bersama . kalau dipanjangkan umur dan dipanjangkan jodoh . insyaallah ok :) 



SERIBU KALI SAYANG SERIBU KALI CINTA SERIBU KALI RINDU

~ MUHAMMAD KHAIRUL AZIZI BIN ABDUL RASHID ~
 

21 February 2011

AKU TENSYEN !!


aku tengah tensyen gila babeng sekarang nie !! rasa nak mengamuk je nak bunuh orang pon ada jugak nie . aku benci orang yang cakap mende last minute nie . macam haram !! cakap banyak banyak yang menanggungnya kami dan termasuklah aku ! huh ! cakap macam keling . cakap nak pra assessment buat 7 haribulan 3 . alih alih besok pulak ! nak cepatkan tarikh la apa la . hadoi . tensyen kot . kalau satu dua kerja tu takpa la . nie tak semua item nak kena siapkan besok jugak ! halamak . memang aku nie robot la kan . satu hari aku ta makan arinie . haih . lapa . nak masak dah tade pape yang boleh dimasak . harinie print semua kerja dengan beli mounting board lagi dah habes banyak ! aku dah pokai sekarang ! waaaaa ! nak makan pon kena berjimat cermat dah sekarang . dua hari sekali je makan ok ! takpon makan makanan yang tak berkhasiat tu sampai botak kepala . huh !



19 February 2011

dalam diam ku mencintaimu ~~


entah mengapa ku rasa tak menentu 
semenjak aku mengenali dirimu sayang 
terbayang-bayang wajahmu dimataku 
hingga tersentuh rasa indah dikalbu 
apakah ertinya.. 

aku tak tahu mengapa aku rindu 
inginku curah tetapi rasa malu 
cubalah engkau mengerti isi hatiku 
didalam diam aku mencintai mu.. 

kuharap kau faham perasaanku 
yang kini dilamun rindu padamu 
sesungguhnya aku telah jatuh cinta.. 
oh indahnya bila bersamamu.... 

moga engkau dapat terima 
cintaku dengan ikhlasnya 
janganlah engkau sia-siakan 
harapan dan impian ku..

p/s : nak berjiwang karat jap . takpe kan . huhu
love u abang sayang :)
mwah mwah :O




18 February 2011

BERHATI HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA !

ya . ini satu amaran keras untuk pemandu pemandu di luar sana ! terbaca satu link nie mengenai tajuk di atas . note nie telah di post oleh RAKANEKA . yeah . untuk maklumat lanjut sila baca note di bawah ini ok .


"AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman sekarang  mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Sumber: BOMBA SELANGOR

oleh itu buat kawan kawan sekalian sila lah berhati hati walau kat mana pon anda berada . mende mende yang macam nie bukan nya diundang pon kalau dah nak jadi jadi jugak la kan . so anda anda sudah besar dan makin meningkat dewasa . pandai pandai la buat penilaian dan berfikir yang mana boleh dan yang mana tak boleh . zaman sekarang semua orang dah tak boleh percaya ma . even peminta sedekah pon . budak kecil pon dah tak boleh percaya . macam mana tu ?? berwaspada la kamu semua ya . kalau boleh share lah info nie dengan rakan anda yang lain . bagi tahu kat family you all orang yang terdekat dengan anda jua . harap maklum dan sekian terima kasih :)

17 February 2011

AKU GERAM !!!

AKU MEMANG TENGAH NAK MARAH GILA BABENG NIE ! BONGOK ! LAHANAT ! HAIH . CUBA KORANG BAYANGKAN KORANG KELUAR JE PINTU BILIK AIR DENGAN BERTUALA PENDEK PAKAI MACAM BERKEMBAN TU DENGAN PINTU MASUK DEPAN TERNGANGA LUAS SELUAS LUAS ALAM ! MEMANG ORANG YANG LALU LALANG KAT JALAN DEPAN RUMAH NIE BEST LA KAN DAPAT NENGOK TAYANGAN FREE FREE OF CHARGE !! BANGANG BETOL !! AKU NAK MENGAMUK JE RASA NIE ! AGAK AGAK LA SIKIT NAK BERDATING KAT DEPAN RUMAH PON  TUTUP LA PINTU TU . PIKIR SIKIT ORANG YANG KAT DALAM RUMAH NIE . BUKAN KO SORANG JE HIDUP DALAM RUMAH NIE . MENGGANGGU PRIVASI ORANG PAHAL ?? NASIB BAIK AKU NIE MASIH WARAS LAGI . KALAU TAK DAH LAMA AKU SEPAK SEPAK TAMPAR TAMPAR KO ! HUH !! BONGOK ! EEEEEEE!! AKU GERAM GILA NIE !! HISH ! DAH AR BERPELUK PELUK KAT DEPAN TU . AGAK AGAK AR SIKIT KAN . KO TA RETI NAK COVER KE ? TAK MALU KE ORANG LALU LALANG NENGOK . DAH ADA KERETA KAN DUDUK JELA KAT DALAM TU PEGI BERPELUK KAT TEMPAT LAIN KE KAN .  HALAMAK . PIKIR SIKIT LA WEYH . KALAU KO TAK MALU PON KAMI YANG KAT DALAM NIE DAH TAK TAHU NAK CAKAP PE DAH . DAH LA BISING BUNYIK ENJIN KERETA BALAK KO TUH . YELAH BALAK KO SORANG JE KAN YANG ADA KERETA . HUH ! DAH DAH . AKU MEMBEBEL BANYAK BANYAK KAT SINI PON MACAM LA SAMPAI KAT KO KAN . KALAU KO BACA PON BAGUS JUGAK . HUH ! DARI SEM 1 SAMPAI SEKARANG PERANGAI TU TAK PERNAH NAK BERUBAH . PELIK BETUL AKU !!

12 February 2011

contest senyum tak nampak gigi ~

yeap . senyum tak nampak gigi . kalau nampak gigi tak boleh join ini contest ok ? haha . terima kasih cik kiela sebab mengTAG saya . nasib baik saya tak suka senyum nampak gigi . almaklum la kan . gigi saya tak cantik . tanak tunjuk kat semua orang . haha . kena belek balek semua gambar gambar aku . cari yang paling somel sikit . haha . somel ke haku nie ? biasa biasa pon tak ! nie first time jugak la aku menjoin contest . lagipon aku nie biasa  biasa je . saja saja suka suka join contest dari cik muaz . tak salah kan . huhu . ~ senyum, tak perlu kata apa apa ~


* gambar yang ini ok tak ? gambar aku yang latest ! huhu . maaf la . muka aku buwok je . senyum ke tu ? huhu . bab kata kiela tak payah nak santek santek pon . janji senyum tak nampak gigi kan ? haha . 


* ha , gambar yang nie pulak macam mana ? gambar masa rambut aku panjang dulu . poyo je kan muka aku . haha . takpa janji SENYUM !


* kalau yang nie pulak macam mana ? huhu . ambil gambar berdua takpa kan ? kan ? hehe :p

so . macam mana ? ok tak senyuman aku ? hahah . biasa biasa je kan . almaklum la aku nie pon biasa biasa je orangnya . tak santek pon . huhu . so sapa sapa yang nak join contest nie boley la melawat belog cik empunya contest

dateline pada 27 FEBRUARI nie ok ? selamat mencuba ya kawan kawan :)

saya nak TAG kamoo
n sapa sapa yang mahu join dan berminat sahaja ok :D




10 February 2011

perempuan zaman sekarang

ya . perempuan zaman sekarang lah takkan zaman kadok lak kan . pelik pelik . suka cari pasal (cari pasal ke ?) ntah lah aku pon tak paham . dah tahu orang tu dah ada girlfriend yang kau sebuk sebuk tergedik gedik terkinja kinja macam kau punya boyfriend tu nape kan ? aku bukan nak marah ke hape kan . tapi kekadang tu cuma terkilan la sikit dengan sikap sesetengah pihak tu . ya ya . mereka pon kawan aku kenalan aku juga . tapi aku tanak lah judge mereka tu perempuan yang tak baik . haih . kekadang tu pon kesian juga nengok member member sendiri . boyfriend keluar bersuka ria dengan perempuan lain (bukan skandal atau seangkatan dengannya ok) . sedang kan diri sendiri di hantar pulang ke rumah macam tu jep . kata segan so tak payah la nak keluar kan . nie tak . haih . hmmm . entah lah . tak tahu nak cakap apa dah . cakap lebih lebih pon apa aku dapat kan . aku cuma kesian je . sebab perempuan tu pon kawan aku juga . ada juga sesetengah perempuan suka rapat rapat dengan boyfriend orang . sampai kekadang tu jeles jeles sampai gaduh gaduh . haih . nak kawan pon jangan lah sampai macam tu kan . mereka tu bukan boyfriend anda . harap maklum sekian terima kasih ok . haih  . pape jela kan . aku pon da malas nak membebel panjang panjang nie . kena bersiap pulak nak pergi kelas petang nie . dah lambat sudah . hhuhu :)

cerita di siang hari ~

di suatu petang yang amat bosan . aku mengambil keputusan bersama cik siti izzati dan juga nekomaru chan pergi ke bukit layang layang yang terletak di pasir gudang dengan menaiki motosikal untuk membuang masa dan juga berfoya foya kat sana . wahahahah (ayat tak boleh bla la siot) . saja saja pergi sebab kebetulan neko join dia punya B-BOYING dengan member member dia kat situ . 

sebelum keputusan itu dibuat, aku dengan hati yang membuak buak kebusanan pon berkata kepada cik siti izzati :

aku : weyh zety . jom la kita kuwa
zety : nak pergi mana je ?
aku : cs la jom . aku bosan gila babeng da nie (muka excited)
zety : nak pergi naik apa ?
aku : kita naik la bas . nak tak ?
zety : aku memang nak kuwa pon . tapi payah la 
aku : halah ko nie . jom jela (muka mengharap)

pada masa tu, aku pon bermesej dengan boyfriend untuk mengajak beliau bersama 

aku : sayang, owg bosan la . macam nak kuwa . tapi tataw nak naik apa (ayat pancing.haha)
my sayang : abg pon bosan juga . nak kuwa tapi kerja banyak 
aku : halah . hmm (muka takda harapan)
my sayang : abg lapar la . tak makan pape lagi nie . nak kuwa payah motor tak ada . tunggu member balek jela baru gi cari makan :(
aku : (dengan perasaan yang sungguh kesian) takpa lah kalau macam tu  

ok . aku pon mengambil keputusan untuk mesej si neko 

aku : neko, datang rumah aku jap 
neko : nak buat apa ? aku tengah bz online nie (bz la sgt kan)
aku : halah . datang jelah (nada mengharap)
neko : yelah . jap lagi aku datang
aku : yes ! haha

selang beberapa jam kemudian barulah si neko nie muncul kat depan rumah aku 

neko : nape suruh aku datang ? (gaya muka poyo beliau)
aku : saja jelah . aku bosan doe . huhu 
neko : ek eley . aku ingat kan nape lah tadi 
aku : aku saja jela ngek ! (nada macam biasa aku cakap.haha) jom kuwa jom (dengan penuh harapan)
neko : ko nak kuwa ke ? jom ar ikut aku dance petang nie kat bukit
aku : woww . macam best ! (muka excited gila) kol bape weyh ?
neko : aku janji dengan dorang pukul5 . disebabkan korang yang bersiap lambat aku cakap kat dorang 5.30
aku : ok . ok . aku pergi bersiap sekarang . zety jom bersiap !
zety : jom jom . aku nak pergi UO sekali taw 
aku : (dengan excitednya aku cakap OK !)

haha . tanpa membuang masa kami pon pergi la jenjalan sambil melepak lepak dan membuang lebihan lebihan masa yang ada . nengok neko and the gangs wat street dance dan juga break dance . sambil sambil tu juga aku dengan cik zety berfoya foya jenjalan sekitar bukit tersebut sambil snap snap beberapa gambar . yeah ! nengok jela sampai lebam lebam mata korang yep . wahahaha (gelak jahat!) :p

















05 February 2011

rindu :p

hukhuk . rindu nak berambut panjang macam dulu . rasa nyesal pulak potong dulu kan . haih . pengaruh mereka kuat sangat la nie beriya suruh aku potong rambut kesayangan aku yang dah simpan dari sem 1 . huh ! takpa lah kan nak buat macam mana . huhu :) masa potong rambut tu nengok balek rambut yang dah kena potong tu . fulamak . sayang nya la siyoott ! tunjuk kat my sayang . huh . tak terkata pape la kan . ya ya . saya kena marah sebab potong rambut !! haha . dia kata dia sedih . ya ya . saya pon sedih pon sebenarnya . haih . sory ya sayang :)


nie gambar masa sem 3 . rambut aku time dah panjang takat bahu lebih lebih sikit lah 


yang nie pon sama juga . rindu nak buat rambut macam nie nak ikat nak style kan macam nie lagi . huhu . my sayang suka aku buat rambut macam nie . dia cakap macam korea . hahah . kelakar jela kan . aku rasa poyo je yang lebih . wahaha :)


hah yang nie masa sem 4 masa prakikal . dah makin panjang kan rambut aku ? huhu . dia pon suka nengok masa aku time nie . cinta pandang pertama la katakan . huhu . sebab rambut punya pasal . dari rambut turun ke mata pastu turun ke hati pulak . errkkk . boleh pulak cam tu . haha . pape jela kan :p 


nak balek rambut nie boley ? cepat cepat sambung balek . wahahah . 


haha . masa nie tengah poyo gila kot . dengan mekap takda rambut serabai rasa selekeh gila . dah lah meminjam baju zety . besar kot sebab time nie kena ikut mak beliau pergi kenduri kahwin kat tempat beliau masa tu . fulamak . first time kot dressing macam nie . simple ! no mekap ! haha . masa nie jugak tengah tunggu my sayang datang dari jauh semata mata nak jumpa . dating untuk kali kedua . masa nie lah . huhu ~ bukan dia je . si melaty aka boyfie zety pon nak datang juga . tapi datang secara berasingan lah . sebab memasing duduk lain lain tempat . almaklumla memasing tengah praktikal kan .


hah . nie rambut aku masa first time potong . pendek kan . pendek terus !! hambek kau ! nak sangat aku potong kan . haha . tapi sekarang dah panjang dah . panjang juga la kan paras bahu . huhu . bila rambut aku nak panjang balek nie ? hadoi . tunggu jela kan :) dah tanak potong rambut dah nak tunggu sampai panjang macam dulu dulu hehe :p 
"rambut , cepat panjang ya ? nanti saya boleh belai belai awak macam dulu lagi"




04 February 2011

main masak masak ~


MENU UTAMA untuk hari nie : ayam masak kicap campur black pepper sikit . huhu . macam tak menarik je kan . almaklumla aku nie tak berapa pandai sangat masak . cukup la ala kadar je . setakat buat perut kenyang kan . huhu . 


set makanan tengah hari aku . tambah mini poppers sikit dan juga beberapa potong buah epal . huhu . cukup la tu kan . nie pon macam dah banyak je aku makan rinie . haha . sayur takda . rasa tak lengkap pulak takda sayur nie kan . huhu . takpa lah makan je janji konyang perot eden ! haha . eerrrrkkkk . alhamdulillah :)



03 February 2011

gosip gosip !

fuuh . malam tadi pergi nengok midnight muvie . THE GREEN HORNET kat CITY SQUARE JB . tapi nengok yang biasa je bukan yang 3D punya . si ajish apend dengan pichan bawak . huhu . nak tanak kena paksa pergi juga dengan keadaan aku yang macam nie . lagipon aku dah boleh jalan sikit walaupun tak laju mana . masih tak stabil dan tempang lagi . ajish sanggup belanja tu . haha . mekaseh ya ajish :) ok ok berbalik dengan entry utama aku hari nie . cerita nie boleh tahan juga lah . lawak bodoh campur action . walaupun nengok yang bukan 3D tapi unsur unsur tu still nampak lagi . grafik dia pon mantap . memang designer cerita nie power la kan . huhu . bagi sapa sapa yang dah nengok tu korang nilai la sendiri . bagi aku boleh tahan juga lah walaupun aku nie bukannya seorang kaki wayang . 

smart tak kereta nie ?? huhu . kalau la aku boley design kereta yang macam nie kan bagus . banyak function yang canggih . lengkap dengan segala macam perisai . idea dan konsep yang menarik . i very loike !

mereka berdua nie watak utama dalam cerita nie . SETH ROGEN sebagai britt reid seorang yang nakal kaki perempuan sangat sukakaan super power katon dan juga komik tapi beliau sangat suka menolong orang dan juga JAY CHOU sebagai kato seorang mekanik yang pandai buat kopi , suka mencipta dan mengubahsuai barangan . beliau sangat hebat . gandingan yang mantap . hahha . aku memang suka jay chou . penyanyi dan pelakon taiwan . first time nengok beliau belakon cerita yang macam nie . selalu berlakon cerita cerita jiwang karat je . haha . 

nie awek dalam cerita nie . Cameron Diaz sebagai Lenore Case :) temporary secretary yang sangat rajin . 

yang pulak watak utama cerita nie juga . tapi watak jahat la . Christoph Waltz Benjamin sebagai Chudnofsky . 

sapa sapa yang belum nengok lagi cerita ni pergi la nengok . sangat best ! boleh kurangkan tekanan kerja or assignment yang melambak lambak tuh . 

p/s : macam la aku buat kerja kan . haha . malas malas ! 



01 February 2011

terasa rindu ~

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

heart by paramore

I am finding out that maybe I was wrong
That I’ve fallen down and I can’t do this alone

Stay with me, this is what I need, please?
Sing us a song and we’ll sing it back to you
We could sing our own but what would it be without you?

I am nothing now and it’s been so long
Since I’ve heard the sound, the sound of my only hope

This time I will be listening.
Sing us a song and we’ll sing it back to you
We could sing our own but what would it be without you?

This heart, it beats, beats for only you
This heart, it beats, beats for only you

This heart, it beats, beats for only you
My heart is yours

This heart, it beats, beats for only you
My heart is yours
(My heart, it beats for you)

This heart, it beats, beats for only you (It beats, beats for only you)
My heart is yours (My heart is yours)

This heart, it beats, beats for only you (Please don’t go now, please don’t fade away)
My heart, my heart is yours (Please don’t go now, please don’t fade away)

(Please don’t go now, please don’t fade away) My heart is yours
(Please don’t go now, please don’t fade away) My heart is yours
(Please don’t go, please don’t fade away)
(Please don’t go now, please don’t fade away) My heart is..


hmmm . . .

haih . tataw nak ngadu kat sapa . nak ngadu kat dia , dia pon tak stabil lagi . dah la mak dia tengah sakit . ngadu kat sini je yang mampu . lagipon sini je ruangan yang aku boleh cerita macam macam masalah aku . hmmm . sakit nya lah kaki aku . banyak sangat bergerak la nie . kena sejuk lagi satu hal . hadoi . hmmm. tadi si apendi bawak kuwa pergi makan kat kedai nasi lemak kat seri alam dengan pichan dan juga ajish . tanak pergi pon tapi kena paksa keluar juga . haih . takpe lah . dorang still care pasal aku lagi . tapi aku tanak lah menyusahkan orang lain dengan keadaan aku yang macam nie . aku da naik segan dah nie . dah lah nak jalan pon susah . perit ouh sakit gila kot . haih . DUGAAN . bersabar jela . sampai bila pun tak tahu . nak baik sepenuhnya bukannya ambil masa yang singkat sekurang kurangnya sebulan lebih baru boleh ok . tu pon kalau nak ok . hmmm . takpa lah biar aku sorang je yang tanggung derita kesakitan aku sendiri . duduk dalam bilik menangis sorang sorang . hmmm . silap aku sendiri juga degil tanak dengar cakap . sedih . sungguh aku sangat sangat sedih dengan nasib aku sekarang . sakitnya TUHAN je yang tahu . nak berjalan pon sakit . kalau sejuk lagi lah tak boleh gerak terus . hmmm . bersabar jela ya emma . semua nie dugaan TUHAN . kalau DIA nak ambil satu dia boleh ambil . kita nie cuma peminjam untuk sementara je . so . hargailah apa yang dikurniakan dan apa yang diberi . ada hikmah sebalik semua nie . "senyum , tak perlu kata apa apa " 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails