04 January 2011

trip to MALACCA

pertama kali aku memandu jauh dari JB ke MELAKA . huhu . satu pengalaman yang baru dan agak sukar jugak la kan sebab ta cukup rehat malam sebelum bertolak tuh . kereta pulak buat hal memang tensyen gila la . pape pon nasib baik semua nya sudah ok . bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi . bersama housemate tersinta maisara dan juga hamizah (mick) dan ditemani oleh seorang jejaka. Jeremy . bawak jalan si jeremy yang tak pernah keluar dari pelusuk jalan intan 3 taman cahaya masai . halamak . 


ha . yang sedang drive tu aku sebelah aku nie jeremy yang belakang pakai tudung tu mick dan yang sebelah dia pulak maisara atau nama manja nya nyot sara . huhu . time nie memasing excited nak pergi melaka . trip member member . almaklum la kan dari sem lepas lagi nak pergi tapi tak jadi jadi jugak . akhirnya pergi jugak la kami atas tujuan untuk sesi photoshoot TAMAN MINI MALAYSIA DAN ASEAN yang terletak di ayer keroh melaka . tapi da alang alang kat melaka kan merayap sekali la kan .


yeah ! welcome to MALACCA


akhirnya sampai jugak la kami dekat taman mini nie . huhu . 


sebelum nak masuk dalam kena lah berpossing dulu kan 
PHOTOGRAPHER : Jeremy


haha . pelamin kat rumah melaka . sedih takda pasangan . huhu . jeremy pon tak sudi nak bergambar sebelah aku . ok fine jeremy 


sambil menikmati kuih muih tradisi masyarakat melaka . kalau kat johor payah nak cari kuih muih melaka nie . kalau ada pon kompem ta sesedap orang melaka buat 


memasing ngek ! haha . boley pulak la kan . 


ada gaya macam minah rempit sejati tak ? haha . 


sara dengan gaya kuda kepang yang tak berapa nak kepang 


first time jumpa kuda depan mata . huhu . almaklumla orang kampung . kat kampung aku takda kuda . haha . nama dia nie MAGNUM . kurus macam ta cukup makan je kan . sangat sangat jinak dan manja . 


pengalaman pertama pegang kuda . haha . mula memangla takut kan . tapi dah lama lama ok jep . huhu


haha . yang ini aku tataw la nak cakap apa kan . dasar mick ! aku lak yang terkejut bila kuda nie angkat kepala dia . haha . hambek ko !


berangan nak naik kuda sangat kan . nah hambek maisara . huhu . macam best je kan . sara dengan gaya dia . WOW . I LIKE !


penjaga kuda . haha . 


haha . tak tahu la nak komen apa kan . kuda nie bapak la pantang nampak perempuan . dasar kuda jantan ! miang ! hahah


da penat pusing MENGELILINGI DUNIA get ready nak gerak pergi pusat bandar pulak . haih . masa nie si jeremy tersangat la ngek . letak trippod camera atas jambatan gantung nie . halamak . risau gila takut jatuh kan .

 tepat jam 2.30 petang kami bergerak meninggalkan taman mini malaysia nie . shoot untuk assignment dah settle . so sudah tiba masa nak merayap la pulak kan . menuju ke pusat bandar . lepak kat mahkota parade je . shopping pape yang patot . baju baru jam baru spek baru beg baru . halamak . bukan aku ok ? mereka ! haha . aku dah penat gila kot time tuh so hanya memerhati mereka bershopping sahaja . huhu . nak wat macam mana kan . 

jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang . huh . da lewat sudah ! nak keluar dari melaka berpusing jugak la kan sebab tersalah masuk jalan . haih . kereta kat sana macam gampang ! hah. nie nak mencarot nie kan . halamak . bawak kereta entah pape kot suka hati mak bapak diorang je la kan . da ar tak kasik signal main redah je masok line orang . DASAR !!

sudah pukul 7.00 petang . fulamak . keluar dari ayer keroh and then masok jasin . sekali lagi aku terlanggar lampu merah . hhuhu . mengantuk punya pasal . haih . nasib baik side yang lain lain ta jalan lagi kan . kalau tak . haaduh . apa la aku nie kan . terus keluar masuk ke tangkak . cadang malam nie nak stay rumah maisara dulu nak rehat rehat tidur tidur jap ke kan . sampai je rumah dia mak dia dah sambut kami yang sedang kepenatan nie . huhu . memang first first aku carik katil dulu la kan . bapak ler mengantuk gila sakit satu badan . dah lah tukang urut aku takda . huhu . ingat nak tido kejap kol12 pagi nak gerak balek jb sudah nya memang semua nya terbongkang sekali la kan . haha . nak buat macam mana .

paginya pulak memasing bangun kol9 . bagus bagus . haha . pusing pusing area felda chemplak barat . pertama kali jugakla aku masak felda nie . lebih kurang felda aku jugak la . haih . kol12.30 memasing dah siap siap nak gerak balek . huhu . selamat tinggal labis . singgah air terjun bekuk yang kat labis tuh saja nak bawak bebudak nie melepak sambil kudap kudap pape yang patot kat situ . sambil cuci cuci mata sekali . shoot gambar sekali . huhu


sebelum balek sempat jugak la kan shoot gambar dulu . jeremy yang malu malu kambing . huh !


nie lah mak sara . kecik je kan orang nya ? sangat sangat caring . terima kasih makcik layan kami semua macam anak sendiri . huhu



hutan lipur sungai bantang . buat sapa sapa yang tak pernah jejak kan kaki macam si jeremy nie boleh lah datang ya . tapi segah mana la kan . kalau nak buat fotoshot untuk wedding pon boleh . amat amat dialu alukan .


*bersambung*

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails