31 January 2011

hujan ~


yep . hujan lah . bukan hujan band ok . i mean hujan atau dalam bahasa kampung dia dipanggil RAIN . haha . memang dari pagi tadi hujan kat pasir gudang nie tak berhenti henti . bukan setakat hari nie je dah berapa hari dah pon . membantutkan segala urusan harian aku . hadoi . nak jemur baju pon tak boleh . apa nak buat . jemur bawah kipas je . huhu . ceh ceh . macam la aku dah basuh baju kan . nanti nanti la tunggu dah boleh jalan sikit . huhu . kalau diikut kan cakap orang orang tua hujan nie membawa rahmat . betul jugak tu . rahmat juga lah kan aku tak balek kampung tersinta aku . khabar orang orang di sana mengatakan tempat aku dah dinaiki air . wow . untuk kali ketiganya felda selancar banjir . harap harap jambatan yang baru siap tu tak runtuh lagi la kan . kalau tak memang jadi sejarah untuk kali ketiga juga lah kan . haha . 

hujan ouh hujan . jam sudah menunjukkan jam 4.30 pagi . yeah . aku masih tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi mengantuk . huhu . halah kalau aku tidur pon kompem jap lagi terbangun sebab sejuk . almaklumla kaki aku sekarang nie sensitif sikit . tak boleh sejuk . nanti sakit . apa aku nak buat nanti kan . huh . bersabar lah ya kau emma . bukan setakat kaki je yang sensitif hati aku juga dah semakin sensitif sekarang . hmmm . mungkin disebabkan aku dah jadi golongan OKU sekarang nie kan . apa kan daya . TUHAN dah ambil salah satu kebolehan terpenting aku untuk sementera waktu . hmmm . mungkin ada hikmah semua nie . bab kata member aku sorang nie 
"ko tu kuat sgt jalan 2 tuhan kasi ko rehat...heheheh" 

mana ada aku kuat jalan ar . haha . mandai je . pape jela . yeah . tepat jam 4.39 pagi . hujan masih tidak menunjukkan tanda tanda mahu berhenti . memang makin subur lah kan padi padi kat tepi rumah aku nie . nasib baik tinggal lagi berapa bulan je lagi kat sini . huhu . aku jugak makin tak mengantuk . macam malas malas je nak tidur . halah . besuk bukan ada kelas pon kan . rilek rilek suda . siang nanti jela tidur . hmmm . budak shafiqah nie dah tidur pon . malam nie aku terpaksa mendaki tangga rumah sewa aku nie semata mata nak kena temankan si shafiqah nie tidur . haih . ngesot je yang mampu . mujur la tak jatuh . huhu . takpe lah belajar belajar kan . busan juga duduk bawah sorang sorang . lagi lagi bila tinggal berdua nie . hadoi . sakit lutut aku makin bertambah . mekaseh shafiqah . mekaseh sebab buatkan lutut aku makin sakit . dan aku hanya mampu tengok ko tidur je . haha . moga lena di atas kapal layar kamu :)

bila aku nak mengantuk nie ? hadoi . penat dah dok membebel sorang sorang nie . jari jari aku pon da makin lenguh nak menaip . huhu . ok lah . sekian untuk entry aku di subuh hari ini . wassalam =)

4 comments:

Redha1989 said...

jgn maen2 dgn air ujan yer.. gunakanlah air dgn cermat.. konon2 cam advert air plak hehe =p

e.m.m.a said...

tak la redha . ne ade main hujan la . haih . ko da ley tuka major la redha . hahaha

Redha1989 said...

dah trlambat dah T_T huhu

e.m.m.a said...

tu la pasal . aku kalo boley pon na tuka major jugak . hahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails