16 April 2010

URUTAN BADAN KE BADAN????maksudnye??


PUTRAJAYA: Dua beranak sehati sejiwa yang berpenampilan ‘bergetah’ dan menarik bukan 
saja rela menawarkan urut istimewa menerusi teknik badan ke badan dalam keadaan bogel, 
malah sanggup melakukan hubungan ranjang dengan bayaran mencecah RM1,000 bagi satu pakej.
Bukan itu saja, dua beranak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun terbabit turut 
menawarkan tiga pakej dengan kadar upah RM300 hingga RM1,000 setiap satu bergantung 
kepada kehendak pelanggan.


Pakej pertama menyajikan khidmat urut badan ke badan tanpa pakaian, pakej kedua membabitkan
 urut badan ke badan dengan sentuhan istimewa pada badan tukang urut manakala 
pakej ketiga kombinasi pakej satu dan dua disertai layanan hebat di ranjang khas 
bagi golongan elit.



Kegiatan dua beranak itu dipercayai dilakukan di sebuah kondominium mewah disewa mereka di Subang Jaya, 
dekat sini, yang mempunyai dua bilik khas bagi melakukan urutan khas kepada pelanggan yang 
ditapis melalui panggilan telefon diterima sebelum pertemuan diatur. Bukan itu saja, 
dua beranak terbabit turut menyediakan katil khas bagi melayan pelanggan tetap berstatus Datuk dan 
eksekutif muda yang mahu menikmati urutan istimewa disertai seks layanan intim serta seks hebat.



Dua beranak terbabit dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu sejak lebih setahun lalu, 
namun ia sukar dikesan kerana mereka sentiasa berhati-hati dengan menapis setiap 
pelanggan selain hanya menyasarkan pelanggan kaya dan elit yang menghadapi masalah 
dengan isteri atau keluarga.



Golongan terbabit dipercayai menjadi sasaran kerana mereka sukar memecahkan rahsia, 
malah tidak mahu perlakuan mereka dibongkar bagi menjaga imej. Bagi mengelak 
kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa, dua beranak terbabit hanya menawarkan khidmat 
urutan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Ia bagi mengelak penghuni di kondo 
mewah itu curiga.


Tempoh terbabit bagaimanapun boleh dilanjutkan jika ada permintaan khas daripada 
pelanggan tetap yang tidak mahu kehadiran mereka dilihat penghuni lain.


Kegiatan dua beranak yang hidup mewah hasil aktiviti terkutuk itu didedahkan
 Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), 
Shahrom Maarop, yang mengesahkan mereka menjalankan khidmat itu sejak lebih  setahun lalu.



Beliau berkata, urut istimewa dan pelik memang wujud dan dilakukan secara tersembunyi 
terutama apabila membabitkan pelanggan dan tukang urut beragama Islam.


Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan itu agak pelik kerana ibu dan anak perempuan terbabit 
bukan saja sanggup melakukan urut istimewa bersama, malah menawarkan seks kepada 
pelanggan dengan bayaran lumayan.


“Siasatan mendapati dua beranak ini memiliki penampilan menarik, malah wanita berstatus 
janda terbabit juga mempunyai wajah dan bentuk tubuh menarik bagi menggoda pelanggan 
yang mahukan khidmat seksnya.



“Bagaimanapun, layanan tidak diberikan dengan mudah kerana pelanggan perlu membayar 
harga yang mahal dan lazimnya layanan istimewa untuk pakej ketiga itu hanya diberikan 
kepada pelanggan yang ada status dan berada,” katanya.



Shahrom berkata, berdasarkan risikan dan siasatan, pakej terbabit menawarkan harga 
berbeza antara RM300 hingga RM1,000 dan pakej ketiga lazimnya ditawarkan kepada pelanggan
 tetap yang kebanyakannya golongan berada.



“Pelanggan tidak boleh datang sewenang-sewenangnya kerana dua beranak itu akan 
menetapkan masa bagi mengelak kegiatan mereka dihidu penghuni lain,” katanya.



Shahrom berkata, pihaknya mendapati dua beranak itu kaya dengan menyewa kondominium 
mewah serta memiliki kenderaan sendiri hasil pendapatan lumayan yang diperoleh setiap hari.



“Kami memantau kegiatan dua beranak itu dan akan melancarkan serbuan pada masa sesuai. 
Kami menasihatkan umat Islam yang terbabit dengan kegiatan urut haram memberhentikannya 
dengan segera sebelum mereka dicekup,” katanya.

___________________________________________

oppsssss
nie cume artikel keratan akhbar yg saya bace kat metro online td
ape kejadah nye manusie nie
mmg tak tahu dose pahale lgsg
jadi kaye dengan wet haram
wt perkhidmatan seks tok kaye raye
berbaloi ke????
tanggung dose beso lg 1 hal
mkn dwet haram
manusie zaman skunk nie mcm2 hal la
tak takot gn TUHAN
kekayaan dunie tak boley mnjamin kebahagiaan kat akhirat nt
dwet bkn nye ley bwk ke mati pon
insap2 lah wahai kaum manusie
bwk2 lah bertobat gn dose2 yg dah bertimbun2 tuh
slagi TUHAN msh pnjamkan nyawa pd kite
gune kan untk menikmati dunie NYA
gunekan kelebihan yg dikurniakan tok tujuan kebaikan
bkn nye tok kejahatan ataupon kejahilan

*wah..pndai aku bermadah yerk?dri sndri tak sedo2 pon..huhu*

so
RENUNG RENUNG KAN DAN SELAMAT BERAMAL

2 comments:

sarasudin said...

selamat beramal la sayang~~

e.m.m.a said...

opss...aku da btolkan da la yunk..huhuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails