16 April 2010

artikel menarik

assalamualaikom dan salam sejahtera ya wahai pembaca2 setia saya
entry untuk hari ni saya cuma mahu berkongsi mengenai satu artikel 
yang saya baca kat MY METRO online jumaat bersamaan 16 April 2010
artikel tersebut menceritakan tentang kebimbangan seorang lelaki GAY yang
bimbang kalau2 lah dia tiada nafsu dengan bakal isteri sesudah berkawen nanti
saya meminta maap jikalau artikel ini melibatkan atau pon membuat sesiapa yang membaca
tersinggung mahupon terasa
so
mari kita bersama sama membaca kemusykilan jejaka tersebut
ini hanya lah sebagai teladan buat pengetahuan anda saja ok?
tiada niat untuk memburukkan sesiapa or seangkatan dengannya

****************************************************************

SAYA pelajar lelaki ijazah tahun akhir berumur 24 tahun 
di sebuah institusi pengajian tinggi. Untuk pengetahuan Dr,
 saya mempunyai naluri berbeza iaitu berminat kepada kaum sejenis.
Ia bermula dari bangku sekolah. Memandangkan saya dikurniakan 
susuk tubuh dan rupa yang tampan, saya sentiasa 'dibayar' golongan 
atasan untuk memiliki tubuh saya.

Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang gadis. 
Saya tidak tahu kenapa hati saya tertarik memandang wajahnya 
pertama kali sedangkan, perasaan ini tak pernah hadir 
sebelum ini. Saya memberanikan diri berkenalan dengannya secara 
dekat dan kini, kami sudah menjadi pasangan kekasih. 
Saya sudah berjumpa keluarga gadis itu. Mereka dapat menerima 
saya dan kami merancang bertunang dan mendirikan rumah 
tangga dalam masa dua tahun lagi.

Masalahnya, saya takut tidak dapat menjadi seorang suami 
yang terbaik dan mengecewakan dirinya. Saya terlalu takut akan 
hal ini kerana saya amat menyayanginya.

Saya tidak pernah bergaul apatah lagi menyentuh 'wanita'. 
Saya tak pasti bernafsu terhadap golongan wanita atau tidak.
 Saya menyayangi kekasih saya bukan kerana nafsu.

Bagaimana saya nak pastikan bahawa saya 'bernafsu' terhadap wanita 
atau tidak dan perlukah saya berkongsi masalah ini bersama 
kekasih saya? Bantulah saya Dr. Saya benar-benar ingin berubah. 
Mungkin Allah mahu mengurniakan saya sesuatu yang baik 
untuk kembali normal?

daripada : **** BINGUNG

Melaka



PANDANGAN DR.

PENGALAMAN homoseksual yang bermula dari bangku sekolah, 
diajar oleh rakan yang mempunyai naluri serta minat yang sama, 'dibayar' 
oleh golongan atasan untuk memiliki tubuh mengimarahkan 
aktiviti seks songsang adik.

Jika adik ingin menjadi suami yang terbaik, antara tanggungjawab ialah 
memberi nafkah batin kepada isteri. Sukar menjadi suami terbaik jika tidak 
dapat memenuhi keinginan seksual isteri. Jika sayangkan kekasih, 
adik perlu lakukan sesuatu untuk tidak melukakan hatinya. 
Semoga cinta adik terhadap kekasih ikhlas dan akan bertahan 
selama-lamanya.

Cinta yang ikhlas lahir apabila seseorang itu sudah menemui insan 
yang paling disayangi. Tiada siapa yang boleh merosakkan cinta sejati ini. 
Kajian menunjukkan terdapat lelaki yang terbabit dalam kegiatan 
homoseksual bertahun-tahun memilih untuk tidak meneruskan
 aktiviti mereka.

Perubahan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti mendapat rawatan 
psikoterapi. Agama juga boleh mengubah orientasi seksualiti golongan 
homoseksual. Jelasnya, kajian di atas menunjukkan tingkah laku 
homoseksual boleh diubah. Namun, ia memerlukan keyakinan 
dan pembabitan yang kuat di pihak adik. Adik mesti bersedia untuk 
memberhentikan tingkah laku mengadakan hubungan seks sesama jenis.

Antaranya ialah menghindarkan diri dengan rakan-rakan homoseksual. 
Adik perlu memberhentikan aktiviti daripada 'dibayar' oleh golongan 
atasan untuk memiliki tubuh saya. Homoseksual adalah berdosa 
dari sudut agama.

Sama ada adik perlu berkongsi masalah dengan kekasih, ia terpulang 
sama ada adik berani atau tidak.


Mungkin adik akan kehilangannya jika memberitahunya. Tetapi, jika 
adik tidak memberitahu kekasih perkara sebenar, dia akan lebih 
kecewa jika mengetahuinya selepas menjadi isteri adik.

Dari sudut positif, jika dia seorang yang rasional dan pemaaf, tentu dia 
memaafkan adik. Cinta sejati boleh mengatasi segala 
kesilapan masa lepas.

Buatlah pertimbangan, kaedah mana yang lebih memberi kesan 
positif dalam hubungan adik dengan kekasih.

Bagaimanapun, jika adik merasakan tidak boleh tinggalkan nafsu 
berahi kepada lelaki, lebih baik tidak menganiaya kekasih dengan berkahwin 
dengannya. Dirinya berhak mendapat suami yang dapat 
menjalankan tanggungjawab zahir dan batin.

Pengorbanan adik, sama ada, meninggalkan aktiviti homoseksual dan 
belajar mempunyai selera nafsu kepada perempuan dan menjalani kehidupan 
normal bersuami isteri atau terus tenggelam dalam keseronokan dunia
 homoseksual tetapi kehilangan nikmat beristeri adalah penentu arah hidup. 
Adik bertanggungjawab menentu arah hidup dan pilihlah yang 
terbaik demi agama dan masa depan.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails